BUTTER COOKIES K'ROGERS

No Comments

MENGENAI BISKUT KEGEMARAN ANDA

Ramai yang masih bertanya kepada kami mengenai status pengeluaran biskut kegemaran mereka ini untuk kepastian, MAKA, berpanjang jela juga kami menerangkannya satu persatu tanpa jemu menurut informasi yang ada pada kami....



Pengilang kepada biskut "BUTTER COOKIES K.ROGER'S" ini telah mula bertapak di Malaysia sejak tahun 1986 lagi. Dikilangkan oleh syarikat ACHIBAN FOOD INDUSTRIES SDN. BHD. / KROGERS FOOD INDUSTRIES SDN. BHD. / FONFOOD INDUSTRIES SDN. BHD. (anak syarikat) dengan kebanyakkan produk yang dikeluarkan adalah:


  • Produk makanan biskut & cookies,
  • Produk kek gulung berasaskan telur, dan
  • Produk makanan kesihatan seperti cereal cookies, oats meal cookies, sugarfree 
  • cookies dan macam-macam lagi.
Buat masa ini, keluaran biskut "BUTTER COOKIES K.ROGER'S" ini telah mendapat pengesahan daripada HALAL dan MACCP serta pengiktirafan daripada Jabatan Standard Malaysia.

Boleh dikatakan produk biskut "BUTTER COOKIES K.ROGER'S" ini masih belum boleh didapati mana-mana kedai tempatan kerana tumpuan pemasarannya adalah untuk jualan seperti direct-selling dan juga untuk eksport ke luar negara.

Untuk pengesahan sijil HALAL, anda boleh layari HALAL JAKIM dan taipkan maklumat carian perkataan K.Roger's sahaja. 

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 comments:

Post a Comment